Permohonan Rumah Kos Rendah Sewa/Beli Serendah RM47,000 Seunit




Program Rumah Kos Rendah ini adalah satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Program ini dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar (LPPD).
Tujuan LPPB menyediakan peruntukan ini adalah agar semua rakyat Sabah yang berpendapatan rendah akan memiliki sebuah rumah mampu milik dengan harga serendah RM47,000.

SYARAT KELAYAKAN RUMAH KOS RENDAH

Antara syarat-syarat kelayakan bagi permohonan rumah kos rendah adalah seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)
  • Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
  • Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Tidak memiliki rumah kediaman sendiri
  • Tidak memiliki tanah sendiri

CARA DAFTAR RUMAH KOS RENDAH SEWA/ BELI SABAH

1. Pendaftaran Rumah Kos Rendah boleh dibuat secara online menerusi pautan https://lppbspt.cloud.joget.com/ atau ke laman web rasmi http://www.lppb.gov.my/.
2. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan dan Surat Daftar Kelahiran.
3. Cara untuk membuat permohonan, anda perlu mendaftar Rumah Kos Rendah (sewa atau beli)  melalui cara yang ditunjukkan ini.

Langkah 1

Pergi ke laman Sistem Pendaftaran Terbuka, baca syarat-syarat kelayakan tick pada kotak yang disediakan jika anda bersetuju dan klikSUBMIT.
Cara Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah Sewa/Beli RM47,000

Langkah 2

Muat naik kad pengenalan (bahagian depan sahaja) dan surat daftar kelahiran anda di ruangan yang disediakan. Tick pada kotak yang disediakan setelah selesai dan klik COMPLETE.
Cara Mohon & Semak Kelulusan Rumah Kos Rendah Sewa/Beli RM47,000
Permohonan selesai. Status permohonan anda sama ada lulus atau tidak akan dihantar terus ke email anda. 
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Rumah Kos Rendah Sabah, anda boleh hubungi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Sabah di talian +6088 287 777/ +6088 222 670 atau email kan ke alamat info@lppd.gov.

Post a Comment

0 Comments