ASB 2020 : Cara Pengiraan Dividen & Bonus Dengan Mudah
CARA KIRA DIVIDEN ASB & BONUS ASB
Cara pengiraan kadar dividen ASB dan bonus ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan (BMB), iaitu baki terendah bulanan dari 1 hb hingga hari terakhir bulan tersebut.
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB 2020 yang diumumkan adalah seperti berikut:-
1) Pengiraan Dividen ASB
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan.
Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya. Nak contoh?
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2020:-
Jumlah *BMB dari bulan Januari hingga Disember x KADAR 12 Bulan
2) Pengiraan Bonus ASB
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2020 :-
Jumlah *BMB dari bulan Januari 2009 hingga Disember 2020 X KADAR 120 Bulan
FORMULA PENGIRAAN DIVIDEN DAN BONUS ASB
Contoh kes: Melabur RM10,000 pada 6 Jan 2020 (baki minima adalah baki minima selepas 7hb), berapakah hasil pendapatan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
DIVIDEN:
Jumlah baki minima bulan Jan – Dis 2020 (Semuanya RM10,000) = 12 * 10000
Dividen= 120000/12 * 5.0%= 500
BONUS:
Jumlah baki minima bulan Jan 2010 – Dis 2020= 12 * 10000
(Baki minima sebelum Jan 2019 adalah kosong)
Bonus = 120000/120 * 0.75% = 7.50
Jumlah Pendapatan = 500 + 7.50 = 507.50
Jumlah Baki Simpanan = 10000 + 507.50 = RM10507.50
Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan – Dis 2020 adalah
= ((10507.50/10000) – 1) x 100 = 5.08%
Post a Comment
0 Comments