TERKINI : Permohonan Bantuan Pelajar Sabah 2021 RM200 Sehingga RM2000 Secara One-Off


 

Terdapat tiga jenis bantuan untuk para pelajar. Antaranya, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).

BANTUAN KHAS TUNAI PEPERIKSAAN (BAKTI)

Para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM200 Setiap Seorang.

Bantuan khas Bakti

Syarat Bantuan

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Pelajar tidak perlu memohon tapi akan dikenalpasti dan dibayar melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.
  • Bayaran akan dibuat sebelum peperiksaan berkenaan dilaksanakan (Mei ke atas)

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT SECARA ONE OFF (BUDI)

Para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM2,000 seorang.

bantuan khas budi

Syarat Bantuan

  • Terbuka kepada pelajar melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah berumur tidak lebih 25 tahun.
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000.00 dan ke bawah.
  • Pelajar telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini (disahkan oleh IPT tempat pelajar belajar).
  • Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar di IPT tempat beliau belajar.

Tarikh tutup permohonan pada 30 Oktober 2021.

Cara Permohonan

Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/login.php untuk membuat permohonan.

BANTUAN IHSAN KOMPUTER (BAIK)

10,000 buah komputer riba untuk fasa 1.

bantuan komputer riba baik

Syarat Bantuan

  • Pelajar-pelajar warganegara berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
  • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar.
  • Satu komputer Untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tapi akan dikenalpasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh hubungi:

Puan Rosni Leong – 088 369 865
Puan Mary – 088 369890/ 088 369872
Atau layari https://mttk.sabah.gov.my/


Post a Comment

0 Comments