Permohonan Temujanji Online Pejabat Pos Malaysia Dibuka Bermula 8 Ogos 2021


 

POS Malaysia memaklumkan bahawa semua urusniaga JPJ di Pejabat Pos akan disambung semula mulai 9 Ogos 2021 secara janjitemu bagi mengelakkan kesesakan dalam tempoh pandemik ini.

Orang ramai boleh membuat janjitemu secara atas talian mulai 8 Ogos 2021 (Ahad).



Pelanggan dibenarkan untuk menempah hanya satu (1) slot temu janji setiap hari dan melakukan maksimum tiga (3) transaksi setiap janji temu.

CARA MEMBUAT JANJI TEMU ONLINE DI CAWANGAN PEJABAT POS

  1. Layari laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia
  2. Pilih menu janji temu secara dalam talian melalui Outlet Finder (https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder/)
  3. Pilih Negeri> Cawangan Pejabat Pos> Klik pada pautan yang disediakan.
  4. Isikan butiran temujanji yang di ruangan yang disediakan.
  5. Sila simpan slip temujanji / tangkap layar (screenshot) untuk dibawa ketika waktu temujanji.

Sumber: Facebook POS Malaysia Berhad

Post a Comment

1 Comments