BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh & Jumlah Pembayaran
Sedia Maklum bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 telah mula disalurkan pada 6 September 2021 yang lalu.
Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.
Berikut kami Nadiharian.com kongsikan tarikh & baki bayaran BKC serta cara membuat semakan status pembayaran BKC fasa 2
Bantuan Khas COVID-19
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Jumlah Bantuan BKC Fasa 2
Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:
- Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
- Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).
Tarikh Bayaran BKC Fasa 2
Pembayaran BKC akan dibuat sebanyak 3 fasa:
- Fasa 1 – September 2021
- Fasa 2 – November 2021
- Fasa 3 – Disember 2021
Sila rujuk jadual pembayaran BKC Fasa 2 mengikut kategori seperti berikut:
Cara Semakan Status BKC Fasa 2
A. SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BKC SECARA ONLINE
Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan https://bkc.hasil.gov.my
Semakan boleh dibuat seperti berikut:
- Klik Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Pembayaran
- Paparan Borang
B. SEMAKAN STATUS BAYARAN BKC SECARA MANUAL / TELEFON
Semakan melalui Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC.
Post a Comment
5 Comments
Saya B40 bujang tidak dapat kemaskini maklumat peribadi saya untuk mendapat batuan BPR kerana maklumat tidak wujut..
ReplyDeleteHarap pihak yg brwajip tolong buat kerja sama jgn ddk mkn gaji buta.
ReplyDeleteSaya telh berkahwin dn tinggalkan suami mempunyai 3 orng anak ....saya tidak dapat bantuan bpr sjk fasa ke2 lagi......kerana tdak dpt kemas kini ....harap pihak yng bertanggungjwab dapat pertimbangkn masalah saya....mohon maaf
ReplyDeleteBujang ad tak BKC
ReplyDeleteMinta tolong pada tuan puan pengarah LHDN....tolong jgn bagi susah sangat tentang kata laluan..,silap 3 x dh nk kena tegur 24 jam,kan susah begitu,walau pun kita tulis dan simpan,klu nk hilang hilang juga,sy harap pihak tuan puan menerima permasalahan ini...dh byk kali sy kena,biasa la..dh meningkat tua ni..semua cepat lupa..
ReplyDelete