Permohonan Bantuan Hari Raya i-FITRI Tahun 2022M/1443H
Rakyat Negeri Terengganu dalam kategori B40 dan M40 akan menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Terengganu sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Bantuan i-Fitri.
Untuk makluman, Bantuan i-Fitri ini diwujudkan bagi membantu rakyat di Negeri Terengganu dalam kategori B40 dan M40 untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma
Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu YB Hanafiah Mat, bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.
Rakyat Teengganu yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 22 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian.
- Kategori A: Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500
- Kategori B: Pendapatan isi rumah antara RM2,501 – RM5,000
Jumlah Pembayaran
Jumlah pembayaran yang akan diterima pemohon adalah seperti berikut:
- Kategori A: RM400.00
- Kategori B: RM250.00
Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah mulai 17 April 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun); atau
- Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
- Pemohon berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
- Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.
- Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon.
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori.
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.
Cara Permohonan
Permohonan untuk bantuan ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
- Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan.
- Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK.
- Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan i-Fitri boleh dirujuk melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
Post a Comment
0 Comments