Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Kini Dibuka
Portal Pengeluaran Khas KWSP 2022 Akan Dibuka Mulai 1 April
Portal Pengeluaran Khas KWSP kini dibuka untuk memudahkan pemohon membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 seperti yang diumumkan.
- Permohonan terbuka untuk ahli KWSP bawah 55 tahun
- Tarikh permohonan online 1 April hingga 30 April 2022
- Tempoh bayaran bermula 20 April 2022
- Jumlah pengeluaran KWSP maksimum RM 10K, minimum RM50
- Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2 (Akaun 1 boleh diakses jika tidak cukup)
Tarikh Permohonan
1 April – 30 April 2022
Cara Permohonan
Permohonan Pengeluaran_Khas KWSP boleh dibuat menerusi portal http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April hingga 30 April 2022.
Rujuk langkah permohonan berikut:
- Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan pilih MOHON SEKARANG.
- Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
- Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN.
- Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
- Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
- Tekan TERUSKAN.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN.
- Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR.
- Selesai!
Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat bermula 20 April 2022
Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment)
Amaun Pengeluaran
- Pengeluaran minimum : RM50
- Pengeluaran maksimum : RM10,000
- Amaun pengeluaran minimum RM50, amaun maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) mulai 20 April 2022.
- Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
- Bayaran Pengeluaran_Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
*Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses.
Syarat Kelayakan
- Ahli KWSP berumur bawah 55 tahun
- Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150
Post a Comment
0 Comments