Semakan & Tarikh Bayaran BMT RISDA (Bantuan Musim Tengkujuh 2022)


 

Semakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2022

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.

Syarat Kelayakan

  1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Cara Permohonan BMT 2022

Pengusaha kebun yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara ats talian di pautan  https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori berikut:

i) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Sila rujuk garispanduan melalui lampiran di bawah:

Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171 atau terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

Kemaskini Maklumat 

https://accesstra.de/0086g8001th1?esid=100716797

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan.

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2022

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

https://accesstra.de/0086g8001th1?esid=100716797

semakan bmt risda 2022

Sila isikan no kad pengenalan dan tekan butang HANTAR.

Status anda akan dipaparkan seperti dalam tangkap layar di bawah:

semakan bmt risda 2022

Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial seperti dalam tangkap layar di bawah.

https://accesstra.de/0086g8001th1?esid=100716797

Tarikh Bayaran BMT 2022

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa, iaitu sebanyak RM300 pada November 2022 dan baki RM300 lagi pada Disember 2022.

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Post a Comment

0 Comments