i-Saraan KWSP: Semakan Status, Permohonan Online & Kelebihan

  



Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.

Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.

Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

i-Saraan KWSP

Insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksima sebanyak RM 250 setahun.

isaraan

Manfaat i-Saraan KWSP

  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
  • Anda mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  • Membolehkan anda menerima insentif sebanyak 15% atau RM 250 setahun.
  • Bantuan kematian sebanyak RM 2,500 tertaklut terma dan syarat KWSP

Senarai Golongan Yang Bekerja Sendiri


  1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  2. Pengasuh bayi
  3. Ejen insurans dan hartanah
  4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan. deeajay)
  5. Pemilik perniagaan dalam talian
  6. Pemilik perniagaan
  7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  8. Suri rumah
  9. Pekerja berpencen

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah

Cara Mohon i-Saraan

Kepada yang berminat untuk memohon i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama sahaja) KLIK DISINI
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran) KLIK DISINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran – Tiada had
  • Maksimum pembayaran – RM 60,000 setahun untuk semua pencarum

Post a Comment

0 Comments