Permohonan Baru STR & Kemaskini Maklumat Pemohon Kini Dibuka
TERKINI : Permohonan Baru / Kemaskini STR 2023
Menurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.
Permohonan baru dan proses kemaskini STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:
PERMOHONAN DALAM TALIAN
- Tarikh : 1-31 Mac 2023
- Melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my
PERMOHONAN SECARA MANUAL / FIZIKAL
- Tarikh : 8-31 Mac 2023
- Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR dengan hadir ke :
- Pejabat LHDNM
- Pejabat Satelit (PS) LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022
Sila rujuk portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my atau maklumat dari laman web rasmi Belanjawan 2023 https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html untuk maklumat lanjut.
Langkah Kemaskini Permohonan
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila rujuk panduan berikut:
MUAT TURUN PANDUAN KEMASKINI STR 2023 (PDF)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2.pdf
Cara Semakan Status STR
Semakan status pembayaran Fasa 1 telah dibuka mulai 17 Januari 2023.
Semakan online boleh dibuat melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
LOG MASUK MYSTR
Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Pendaftaran MySTR
- Klik MySTR dan pastikan no MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Pendaftaran berjaya
Semakan boleh dibuat pada menu Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User
Lupa Kata Laluan STR / Semakan Password BKM
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Post a Comment
0 Comments