Kadar Khas Bayaran Saman PDRM – RM50 Setiap Saman


 


Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial.

Kadar Khas ini terpakai bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.

Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman

Kadar khas ini bermula 21 April 2023 jam 8.00 pagi.

Cara Pembayaran

Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyediakan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memastikan orang ramai boleh membayar saman mereka melalui saluran berikut :

i) Aplikasi Mybayar Saman

ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)

iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara

iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Jangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Maklumat Lanjut / Muat Turun Aplikasi MyBayar Saman

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Sumber / info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Post a Comment

0 Comments