Bayaran Fasa 1 STR 2024 – Semakan Jumlah & Tarikh
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Untuk makluman, permohonan bagi tahun 2024 telah dibuka sepanjang bermula 1 November 2023. Jadi bagi yang masih belum membuat semakan status atau membuat permohonan baru, kemaskini dan isikan borang selengkapnya.
Kadar Bantuan Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih RM2,000 : 3 – 4 Anak RM1,500 : 1 – 2 Anak RM1,000 : Tiada Anak Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000 RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih RM1,000 : 3 – 4 Anak RM750 : 1 – 2 Anak RM500 : Tiada Anak Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2024 Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
Tiada anak : RM500 1-2 anak : RM500 3-4 anak : RM500 5 anak atau lebih : RM500 KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
Tiada anak : RM100 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250 5 anak atau lebih : RM300 BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150 Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150 Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1 Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan) Fasa 2 : April 2024 Fasa 3 : Ogos 2024 Fasa 4 : November 2024 Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA) Bagi tahun 2024 ini, STR telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:
AMAUN BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024
Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan) Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300 Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150 Borang STR 2024 BK-01 [1/2024] Borang permohonan baharu STR 2024 BK-01 [1/2024] boleh diperolehi secara percuma melalui laman portal MySTR atau boleh dapatkannya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran. Bagi secara online, boleh download melalui pautan rasmi berikut – klik DI SINI Penghantaran Borang Secara Manual Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran. Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Post a Comment
0 Comments