STR 2024 – Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Dibuka Mulai 1 November 2023
STR 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah – Belanjawan 2024
Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.
Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.
Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.
Tarikh Permohonan
Permohonan baharu STR akan dibuka seawal 1 November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Jika anda merupakan penerima STR, sila rujuk jumlah bayaran yang akan diterima dalam Fasa 4 yang akan diagihkan tak lama lagi
Tarikh Bayaran Pertama STR 2024
Bayaran pertama bantuan tunai untuk isi rumah biasanya maksimum RM300
Namun bagi STR 2024, bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM 500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.
Kadar Bantuan
Menurut Touchpoints Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
- RM350
Post a Comment
0 Comments