Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023): Semakan Status Bayaran


 

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.


Semakan Jumlah Bantuan BMT RISDA 2023

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 ini, berbanding RM600 pada tahun sebelumnya.


Syarat Kelayakan

  1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023

SYARAT SYARAT KELAYAKAN


  1. 1 Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
  2. Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  4. 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  5. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)

Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/


Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.

Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.

Rujuk manual penuh:


BilPerkaraTindakan
1Manual Pengguna – Pekebun KecilMuat Turun
2Manual Pengguna – PenorehMuat Turun
3Manual Pengguna – Ahli Isi RumahMuat Turun


Semakan Kelulusan BMT RISDA 2023

Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di capaian yang sama atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Tarikh Bayaran BMT 2023

Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:


  • November / Disember 2023 – RM400
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200


TERKINI: Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 Fasa 1 bernilai RM 400/peneroka telah mula dikreditkan ke akaun peneroka yang layak bermula pada hari ini, 18 Disember 2023 sehingga 22 Disember 2023.


  • Batch 1 – 6,588 orang peneroka bernilai RM 2.635j
  • Batch 2 – 1,270 orang peneroka bernilai RM0.508j
  • Total = 7,858 peneroka bernilai RM3.143j

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.


Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

Post a Comment

0 Comments