Penambahbaikan i-Saraan KWSP 2024 Belanjawan 2024 Malaysia MADANI menyaksikan penambahbaikan penyaluran bantuan tunai apabila had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun 2024.
Untuk tahun 2024, had caruman bagi program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun, terhad kepada RM5,000 seumur hidup
Perubahan jumlah insentif caruman padanan untuk program i-Saraan ini merupakan antara penambahbaikan strategik produk dan polisi yang memberi kesan terhadap memperkukuh masa depan persaraan dan jaminan pendapatan ahli KWSP.
Sebagai perbandingan, pada tahun 2023, kerajaan telah menyumbang insentif caruman sepadan sebanyak 15% daripada jumlah caruman dengan had maksimum RM300 setahun kepada pencarum yang layak/memenuhi kriteria.
Bagi setengah tahun pertama 2023, insentif kerajaan sebanyak RM28 juta telah dikreditkan kepada 211,361 ahli di bawah program i-Saraan.
Apakah i-Saraan KWSP? Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.
Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:
Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.
Faedah i-Saraan KWSP
Insentif Khas – Menerima insentif khas sebanyak 15% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 dalam tahun semasa. – Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal. – Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.Dividen Tahunan Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.Bantuan Kematian Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.Pelepasan Cukai Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:
Mendaftar sebagai ahli KWSP Warganegara Malaysia Berumur 60 tahun ke bawah Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.
Petani/ nelayan/ pemandu teksi Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown Pengasuh bayi Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah) Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding) Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan Pemilik perniagaan dalam talian (online business) Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam) Suri rumah Pekerja Berpencen
Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:
LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP
Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
ATAU
Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.
Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
1. Perbankan Elektronik Maybank Public Bank RHB Bank Bank Muamalat CIMB Bank 2. Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek) BSN Maybank Public Bank RHB Bank 3. Ejen Bank Berdaftar Ejen Bank (EB) BSN
4. Kaunter KWSP Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP
MyKad Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran) Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan) Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
ATAU
Borang Pertanyaan Online
Post a Comment
0 Comments