TERKINI : STR Fasa 1 Akan Dikreditkan Bermula 29 Januari 2024


 


Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.

Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Rujuk kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan di bawah:





Jumlah Bayaran STR Fasa 1

Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:


  1. Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500
  2. Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM100 – RM300
  3. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  4. Bujang : RM100

Kaedah Pembayaran

Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 29 Januari 2024 – 2 Februari 2024 secara berperingkat.


Bagi yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 29 Januari 2024. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian ini.




Kadar Bantuan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:


  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000 : 3 – 4 Anak
    • RM1,500 : 1 – 2 Anak
    • RM1,000 : Tiada Anak

  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000 : 3 – 4 Anak
    • RM750 : 1 – 2 Anak
    • RM500 : Tiada Anak

  • Warga Emas Bujang
    • RM600

  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350

sumbangan tunai rahmah 2024

Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.


Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:


KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

str 2024 fasa 1
str 2024 fasa 1


Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024


Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Tarikh Permohonan & Pembayaran STR 2024
STR 2024 : Semakan, Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 22

Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Bagi tahun 2024 ini, STR telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:


AMAUN BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024

  • Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ) 

Post a Comment

0 Comments