Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran? – Ini Sebab & Cara Atasi
Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel KWSP
Setiap ahli boleh memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel KWSP sebagai amaun permulaan berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.
Namun, sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan.

Cara Membuat Pindahan Ke Akaun Fleksibel KWSP
Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.
Rujuk video di bawah:
Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP
Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda.
Had pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah RM50.
NOTA: Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.
Syarat-syarat Pengeluaran
- Warganegara & Bukan Warganegara
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel
- Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50
Panduan Permohonan Pengeluaran Akauan Fleksibel

Saluran Permohonan Pengeluaran
Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran? – Ini Sebab-Sebabnya
Terdapat beberapa sebab pencarum tidak layak membuat pengeluaran daripada akaun fleksibel. Antaranya ialah:
1. Tidak mematuhi syarat-syarat pengeluran yang ditetapkan oleh KWSP seperti baki dalam Akaun Fleksibel kurang dari jumlah pengeluaran minima RM50.
Cara Atasi: Rujuk semula syarat-syarat pengeluaran.

2. Tidak membuat pemindahan wang dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel. – PENTING! Anda perlu membuat pindahan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel terlebih dahulu) sebelum membuat pengeluaran.
Cara Atasi: Pencarum perlu membuat pemindahan wang terlebih dahulu dari akaun 2 ke akaun 3.Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran.
Anda boleh membuat pindahan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.
Ringkasan Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP
Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Penstrukturan Semula Akaun KWSP, anda boleh rujuk pautan-pautan berikut:
- https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
- https://www.kwsp.gov.my/ms/w/info-akaun-3-kwsp
- https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel
- Kenyataan media: https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-
- Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3 : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun
Post a Comment
0 Comments