Portal Ihsan MADANI : Semak Kelayakan Bantuan Dalam 1 Minit
Portal Ihsan Madani dibangunkan atas usaha kerajaan untuk menghebahkan inisiatif dan bantuan yang disediakan di bawah satu platform agar rakyat dapat mengakses inisiatif khusus sara sidup di hujung jari.
Melalui portal ini, pengguna boleh mengakses info terkini mengenai bantuan sara hidup yang disediakan oleh kerajaan.
Setiap inisiatif dan bantuan telah dikategorikan di bawah tujuh kluster utama Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) iaitu Kluster Kesihatan, Makanan, Pendapatan, Pendidikan, Pengangkutan, Perumahan dan Utiliti serta termasuk inisiatif-inisiatif umum yang lain.
Pengguna dapat menelusuri maklumat tersebut dengan mudah, cepat dan terperinci. Pengguna juga boleh membuat semakan untuk mengenal pasti bantuan khusus mengikut kelayakan mereka.
Ciri Menarik Dalam Portal Ihsan Madani?
1. Platform Promosi
- Sebagai satu platform promosi kepada NACCOL dan inisiatif kerajaan berkaitan kos sara hidup.
2. Semak Kelayakan dan Mohon Bantuan
- Rakyat boleh mengakses inisiatif dan bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan dan kelayakan mereka.
3. Cepat dan Pantas
- Rakyat berpeluang untuk mengakses maklumat dengan lebih pantas dan membuat permohonan secara terus kepada Kementerian pemberi bantuan.
4. Pusat Informasi Terkini
- Sebagai medium integrasi maklumat berkaitan program, inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.
Pengguna perlu melengkapkan maklumat-maklumat asas seperti berikut di dalam borang :
- Jantina
- Negeri tempat tinggal
- Kumpulan etnik
- Status pekerjaan
- Taraf pendidikan
- Taraf perkahwinan
- Jumlah pendapatan bulanan individu dan isi rumah
- Status OKU
- Tanggungan kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah)
- Tanggungan warga emas (60 tahun dan ke atas)
- Tanggungan OKU
- Tanggungan pesakit terlantar atau pesakit kronik, dan
- Pemilikan kediakan semasa
Muat Turun Apps Portal Ihsan MADANI
Anda boleh muat turun secara percuma aplikasi Portal Ihsan MADANI di https://invl.io/clk3vpe Google Play Store, Apps Store dan Apps Gallery (Huawei).
Post a Comment
0 Comments