ePrasekolah KPM: Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2026
PERMOHONAN PRASEKOLAH SESI 2026 DIBUKA MULAI 1 MAC 2025 MELALUI PORTAL EPRASEKOLAH KPM
Perhatian bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2026), anda boleh membuat permohonan secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Semakan keputusan permohonan dibuka mulai 1 Mac 2025.
Berikut adalah info lanjut tentang pendaftaran prasekolah dan permohonan rayuan melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:
1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM
- Borang permohonan
- Semak dan kemas kini permohonan
- Rayuan permohonan
2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
- Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif
3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
- Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM
4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN
- Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan

Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2026
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025 / 2026 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2025 Hingga 30 April 2025.
Bagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah yang dimohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.
Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2026
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 sahaja yang layak untuk memohon.
Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2026
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;
1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2025 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2025 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.

Cara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM
Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:
1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM
Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2025)

2. Daftar & Login
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3. Lengkapkan Maklumat
- Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini & Cetak
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya berserta dokumen yang berkaitan.

Post a Comment
0 Comments