STR Fasa 1 : Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) @ Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
Kerajaan dengan pimpinan perdana menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.
Untuk tahun 2023, BTR iaitu (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Mini Bajet 2023. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).
Tarikh Bayaran STR Fasa 1
Bantuan Tunai Fasa pertama diteruskan dengan pembayaran diawalkan pada Januari 2023 berbanding Mac.
Bayaran Bantuan Tunai Rakyat @ Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim akan disalurkan mulai 17 Januari 2023 (Selasa) secara berperingkat.
Semoga penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada ketika ini.
Jumlah Bayaran
Terdapat 2 kategori penerima Bantuan Tunai Rakyat yang dimaklumkan sebelum ini iaitu:
- Ketua Isi Rumah (KIR) = RM300
- Bujang = RM100
Semakan STR Fasa 1
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1 DIBUAT MULAI 17 JANUARI 2023.
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Penerima tunai juga boleh menebus bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Post a Comment
0 Comments