ePrasekolah KPM: Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025 / 2026
Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2025 / 2026
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2025 / 2026 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024.
Bagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah yang dimohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.
Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.
Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2025 / 2026
Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;
1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2024 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2024 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.

Cara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM
Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:
1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM
Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2024)

2. Daftar & Login
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3. Lengkapkan Maklumat
- Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
- Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
- Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
- Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
- Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini & Cetak
Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya berserta dokumen yang berkaitan.
Semak Status Permohonan
Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2025 Bermula Ogos 2024.
Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan.
6. Rayuan
Permohonan Rayuan bermula pada Ogos (tertakluk kepada pindaan).
- Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah
- Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.

Rayuan Permohonan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang
https://eprasekolah.moe.gov.my pada tarikh yang dimaklumkan kelak.
Bantuan / Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my
Post a Comment
0 Comments