Bantuan Musim Tengkujuh BMT 2024 : Semakan Status & Permohonan Baharu


 


PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2024

Tarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 adalah bermula 1 Jun hingga 30 September 2024.

Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara online.


bantuan musim tengkujuh 2024 bmt


Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  6. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
  5. Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).

bmt 2024


Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)

Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Anda perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.

Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan


bmt 2024 bantuan musim tengkujuh


Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN


i) Pekebun Kecil RISDA & Individu

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan;
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif
  4. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan

ii) Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  3. Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi


  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA )

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Jun hingga 30 September 2024.

Semakan Status Permohonan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan BMT berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara berperingkat, terus ke akaun penerima


bantuan musim tengkujuh


Tarikh Bayaran BMT 2024

Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan bagi tahun 2024 dan 2025 seperti berikut:

  • November / Disember – RM400
  • Januari – RM200
  • Februari – RM200

Kaedah Penerimaan Bantuan

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat

Post a Comment

0 Comments