Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Kerajaan Negeri Sabah 2024


 


BAIK merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran.


Program BAIK ini merupakan inisiatif kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang dimulakan sejak tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022.  

Program ini melibatkan para pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


Perlaksanaan inisiatif Fasa 1 yang dijalankan pada tahun lepas melibatkan peruntukan sehingga RM 15 juta dan mampu memberikan manfaat kepada 10,000 orang pelajar.


Syarat Permohonan BAIK

Pemohon yang berminat untuk memohon perlulah menepati kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut :


  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Memberikan justifikasi keperluan  komputer riba.

  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih.
  • Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.

  • Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa)Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa)Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

  • Permohonan Secara Online (BAIK 2.0)

    Pemohon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

    1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/
  • Pada bahagian bawah halaman tersebut, klik pada butang “Permohonan”
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  • Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

  • Dokumen Yang Diperlukan

    Pemohon juga diminta untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

    • Surat beranak (pemohon dan ibu bapa)
    • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (pemohon & ibu bapa)
    • Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)
    • Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
    • Surat Pengesahan telah berdaftar daripada Universiti tempat belajar pemohon.

    Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

    Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau melayari laman web https://baik.sabah.gov.my/

    PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
    (TUGAS-TUGAS KHAS)
    JABATAN KETUA MENTERI

    Tingkat 29, Blok A,Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
    88400 Kota Kinabalu,
    Sabah.

    Post a Comment

    0 Comments