SARA 2024 – Bantuan Tunai Tambahan One-off Mulai 9 Disember


 


Kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mulai 9 Disember 2024

Jom baca selanjutnya tentang bantuan SARA dan kelayakan bantuan tambahan one-off ini.

bantuan sara
bantuan sara

Pengenalan Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Dalam Belanjawan 2024, bantuan SARA telah diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.


Kami kongsikan maklumat terkini mengenai Kategori Penerima SARA 2024.

Sumber: Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia via Jabatan Penerangan Malaysia

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)

2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih.

Peningkatan kadar bantuan Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan kepada RM1,200 (2023: RM600) dan Bujang kekal RM600.


NOTA – Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak terima bantuan SARA 2024 seperti berikut :

  • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
  • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
Sumber: Kementerian Kewangan

Notis Sumbangan Asas Rahmah (SARA) oleh BSN MALAYSIA


Semakan Kelayakan SARA One-off

Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR.


SARA one-off ini adalah khas untuk penerima STR yang bukan dari kategori miskin / miskin tegar seperti yang menerima bantuan bulanan sebelum ini.

Anda akan menerima status seperti di bawah:

Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/


https://invl.io/clk3vpe


Untuk makluman, bayaran SARA one-off ini akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 9 Disember 2024.

Post a Comment

0 Comments