Semak Status Bayaran STR Fasa 2 2025


Kategori Penerima STR 2025
Berikut adalah kategori penerima bantuan tunai Rahmah STR 2025 yang ditetapkan
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- Warga Emas Bujang
- Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
Jumlah & Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : 24 Mac 2025
- Fasa 3 : *akan dikemaskini
- Fasa 4 : *akan dikemaskini
Login STR : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR)
Semakan status pembayaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:
LOG MASUK MYSTR

Login STR
- Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Isikan No Kad Pengenalan.
- Tekan butang Log Masuk.
- Butiran anda akan dipaparkan seperti di bawah.
- Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.


Pendaftaran MySTR
- Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima STR 2025
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Pendaftaran berjaya
Info terkini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Cara Semakan Permohonan STR
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Lupa Kata Laluan STR
Jika anda terlupa kata laluan STR, sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan semula password anda:
- Layari pautan rasmi Portal Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik TERLUPA KATA LALUAN.
- Nombor MyKad anda akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang SEMAK.
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR.
- Klik butang SETERUSNYA.
- Kata laluan sementera akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang SETERUSNYA.
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang SETERUSNYA.
- Isi KATA LALUAN BAHARU dan Pengesahan Kata Laluan.
- Klik butang TUKAR KATA LALUAN.
- Tukar Kata Laluan Baharu dengan log masuk semula dan memilih menu TUKAR KATA LALUAN MYSTR.
https://invl.io/clk3vpe
Semakan Status STR Terkini & Pengkreditan Bayaran
Penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.
Pembayaran dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat mulai manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia.
WAKTU PENERIMAAN BANTUAN
Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan ke dalam akaun bank mengikut waktu berikut
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam.
Post a Comment
0 Comments